
Mari lihat apa kelebihan Hazard nie; Thanks kat orang yang letak video ni kat Youtube..
Okay, pada pandangan aku, memang aku suka banget kalau Eden Hazard masuk Real Madrid. Dia ada skill, dia boleh skor dan yang paling penting, dia boleh cipta peluang jaringan bagi pasukan kesayangan aku tuh. Memang Real perlukan orang yang boleh buat assist kerana ada sesuatu ketika dalam sesetengah perlawanan, midfield Real Madrid buntu untuk mencipta peluang untuk menjaringkan gol. Orang seperti Eden Hazard ni, boleh menarik dua tiga orang pemain lawan sekaligus membuka ruang kepada pemain lain untuk naik ke dalam kawasan pasukan lawan. Kelebihan dribble Eden juga dapat memberi impak kepada Real apabila Real terpaksa bergerak dalam close spaces. Jadi sememangnya kita mengalu-alukan pemain seperti Hazard dalam pasukan kita ni.
Tetapi soalan sebenarnya, adakah kita memerlukan Hazard?
Itulah soalan sebenar yang kita patut tanya kepada setiap Madridistas. Kita sudah mempunyai Cristiano Ronaldo, Angel Di Maria, Callejon, Ozil dan Kaka untuk bahagian AM/W. Kita juga mempunyai pemain muda seperti Canales (on loan) dan Sarabia (buy back clause) untuk bahagian yang sama. Membeli Hazard menambahkan lagi jumlah lambakan pemain yang kita ada. Sehinggalah salah seorang pemain yang disebut diatas meninggalkan pasukan, kita tidak seharusnya membeli pemian lain dan menambahkan lagi masalah yang sedia ada.
Bagaimanapun, aku tetap mengalu-alukan kedatangan Eden Hazard sekiranya dia nak masuk Real Madrid sebab dia ni aku tengok memang cerah masa depan. Jadi menantu pun molep gok nie. Haha.
P/s: Dengar cerita dia peminat Wenger dan Arsenal. Pahtu ada jugak report kelab-kelab lain beratur nak dapatkan Eden Hazard. Antaranya Chelsea dan Manchester City. Arsenal juga turut membida tapi harga Hazard mungkin terlalu tinggi buat Wenger. Kalau nak murah-murah Wenger, mu mai amik Ashaari je la, kelas gok ape..
Peteh biar Rebeh!!
No comments:
Post a Comment