Iklan Corner

Sunday, 8 January 2012

PIALA SUMBANGSIH 2012 : KELANTAN FA vs N.SEMBILAN FA

Debaran Liga Super Malaysia semakin hampir dimana 14 pasukan akan melakukan sepak mula pada 10 Disember ini. Siapakah yang bakal merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia pada tahun ini?.
 
Pasukan Hobin Jang Hobin memberi amaran awal kepada 13 pasukan yang bertanding dimana mereka telah muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah dalam perlawanan sumbangsih menewaskan juara Liga Super Malaysia musim lalu iaitu Kelantan dengan kemenangan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam . 
Kelantan membuka tirai jaring melalui penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 19'. Bagaimanapun penyerang import N.Sembilan Effa Owona berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke 30' dan minit ke 63', sekali gus memastikan kejuaraan milik N.Sembilan. 

GOL KELANTAN FA : NORSHAHRUL IDLAN TALAHA 

(KELANTAN FA 1-0 NEGERI SEMBILAN FA)


GOL N.SEMBILAN FA : EFFA OWONA
 (KELANTAN FA 1-1 NEGERI SEMBILAN FA)

GOL N.SEMBILAN FA : EFFA OWONA 
(KELANTAN FA 1-2 NEGERI SEMBILAN FA)

Pastinya kemenangan N.Sembilan memberi kenangan manis buat jurulatih Azraai Khor Abdullah kerana sepanjang kerjayanya, jurulatih itu belum pernah menjulang piala berkenaan walaupun pernah membantu Kedah melakar sejarah memenangi kejuaraan treble - Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA - 2007 dan 2008. Walaupun pasukan N.Sembilan kehilangan lima tonggak (Hairuddin Omar, Irwan Fadly Idrus, Mohd Farizal Harun dan kembar Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak) yang mengangkat kaki meninggalkan pasukan, barisan pemain muda yang diberi kepercayaan oleh Azraai Khor telah membuktikan kemampuan mereka. Kekalahan Kelantan pastinya memberi tamparan hebat buat pengendali The Red Warriors Peter Butler untuk menjulang trofi sulung musim 2012.

Friday, 6 January 2012

Kenali Real Madrid 2011-2012



Begitulah kata-kata pujangga orang-orang dulu. Oleh sebab tu, aku rasa, untuk korang mengenali Real Madrid dengan lebih dekat, molekla jugak kalau korang kenal player teamnya dulu. Malklumla, La Liga ni kira terpencil lagi di mata peminat Malaysia. Lebih-lebih lagi Real Madrid.

Aku hanya akan memperkenalkan first teamers saje dulu. So, korang just sit back, makan kuaci dan enjoy!!


Nama  :  Iker Casillas (Sepanyol)
Umur   :  30 tahun

Posisi   : Penjaga gol



Nama :  Marcelo (Brazil)
Umur  :  23 tahun

Posisi  :  Bek kiri/ pemain tengah kiri


Nama  : Sergio Ramos (Sepanyol)
Umur   : 25 tahun

Posisi   : Bek tengah/Bek kanan



Nama  :  Pepe (Portugal)
Umur   :  28 tahun

Posisi  :  Bek tengah/ pemain tengah defensif




Nama  : Arbeloa (Sepanyol)
Umur  : 28 tahun

Posisi  : Bek kanan/ Bek kiri



Nama  : Sami Khedira (Jerman)
Umur   : 24 tahun

Posisi  : Pemain tengah defensif/ofensif ( tengah)



Nama  : Xabi Alonso (Sepanyol)
Umur  : 30 tahun

Posisi  : Pemain tengah defensif




Nama  : Cristiano Ronaldo (Portugal)
Umur  : 26 tahun

Posisi : Sayapc(kanan/kiri), Penyerang



Nama  : Angel Di Maria (Argentina)
Umur   : 23 tahun

Posisi  : Sayap (kanan/kiri)




Nama  : Mesut Ozil (Jerman)
Umur   : 23 tahun

Posisi  : Pemain tengah ofensif (kanan/kiri/tengah)



Nama  : Karim Benzema (Perancis)
Umur  : 23 tahun

Posisi  : Penyerang, sayap kiri





Mereka yang di atas bolehlah dikatakan kesebelasan utama Mourinho. Manakala pemain lain dalam pasukan Real Madrid yang seringkali turun sebagai pemain gantian adalah:


Nama  : Antonio Adan (Sepanyol)
Umur  : 24 tahun

Posisi  : Penjaga gol


Nama  : Raul Albiol (Sepanyol)
Umur   : 26 tahun

Posisi  : Bek tengah



Nama  : Fabio Coentrao (Portugal)
Umur  : 23 tahun

Posisi  : Bek kanan/kiri, Pemain tengah defensif, Sayap kanan/kiri


Nama  : Ricardo Carvalho (Portugal)
Umur  : 33 tahun

Posisi  : Bek tengah


Nama  : Raphael Varane (Perancis)
Umur  :  18 tahun

Posisi  : Bek tengah


Nama  : Nuri Sahin (Turki)
Umur   : 23 tahun

Posisi  : Pemain tengah ofensif/defensif


Nama  : Lassana Diarra (Perancis)
Umur   : 26 tahun

Posisi  : Pemain tengah defensif, bek kanan



Nama  : Jose Callejon (Sepanyol)
Umur   : 24 tahun

Posisi  : Sayap (kanan/kiri)



Nama  : Esteban Granero (Sepanyol)
Umur   : 24 tahun

Posisi  : Pemain tengah ofensif  (kanan/kiri/tengah)


Nama  : Kaka (Brazil)
Umur  : 29 tahun

Posisi  : pemain tengah ofensif (kanan/kiri/tengah)



Nama  : Gonzalo Higuain (Argentina)
Umur  : 23 tahun

Posisi  : Penyerang, sayap (kanan)


Nama  : Joselu ( Sepanyol)
Umur  : 21 tahun

Posisi  : Penyerang


Nama  : Nacho (Sepanyol)
Umur   : 21 tahun

Posisi  : Bek kiri






Antara pemain yang aku sebutkan di atas, ada antara mereka merupakan pemain yang dibangunkan di dalam akademi Real Madrid ( Castilla)

Casillas, Arbeloa, Albiol, Jose Callejon, Esteban Granero, Joselu dan Nacho.


Jadi inilah barisan pemain Real Madrid bagi musim 2011-2012. Aku mempunyai harapan yang tinggi kepada skuad ini sebab skuad ini adalah antara yang terbaik di Eropah kali ini. Malah, ada di antara peminat yang mengatakan skuad ini antara yang terbaik dalam generasi Real Madrid.

Aku percaya skuad ini akan mencatatkan pencapaian yang membanggakan. Walaupun Barcelona masih di depan, tapi skuad Real Madrid mempunyai potensi untuk menundukkan mana-mana team seluruh duni termasukla Barcelona!!

Stay safe. Real Madrid nelang!



Thursday, 5 January 2012

ASIAN BEST GOAL KEEPER 2011

Menjadi kebanggaan peminat bola sepak tanah air dimana Apek (Khairul Fahmi Che Mat) penjaga gol Malaysia tercalon dalam pemilihan Asian Best Goal Keeper for 2011. Antara calon lain yang terpilih oleh Goal.com ialah Ali Al Habsi (Wigan & Oman), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan & Malaysia), Mohammed Saqr (Al Sadd), Mark Schwarzer (Fulham & Australia) dan Yang Zhi (Beijing Guoan & China).

Anda berpeluang mengundi di sini  Who should be the Asian Best XI goalkeeper for 2011? - Goal.com .Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mengundi Apek sebelum 10 Januari 2012. Caya La Apek

Bola Sepak Terengganu

"Kontroversi Lagi - Terengganu Salah Faham, Pemain Import Tidak Boleh Didaftar : FAM"
Kurang 24 jam selepas mengesahkan dua pemain import, Francis Doe dan Erison Da Silva dapat didaftarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia, Persatuan Bolasepak Terengganu mungkin terpaksa melupakan hajat besar mereka itu, apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Dato’ Hamidin Amin menegaskan pemain yang didaftarkan selepas tarikh 8 Disember 2011 tidak layak beraksi dalam saingan liga, tanpa sebarang KEISTIMEWAAN kepada mana-mana pasukan.

“kita kekal dengan keputusan sama 8 Disember adalah tarikh tutup pendaftaran pemain import bagi kesemua pasukan, pemain yang didaftarkan selepas itu adalah untuk Piala AFC, jangan ada salah faham. Kita tiada beri kelonggaran kepada sesiapa, kita tidak rombak mana-mana polisi pendaftaran pemain..nak daftar jugak tunggu 2 April, kita buka balik pintu pendaftaran”, tegas Dato’ Hamidin.

Ini nyata bercanggah dengan kenyataan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh yang menegaskan pendaftaran dua pemain tersebut dibuat selepas menerima Surat Pekeliling FAM bertarikh 23 Disember 2011 yang dihantar kepada persatuan tersebut, yang memberi mesej jelas Terengganu masih boleh membuat pendaftaran pemain import sehingga tarikh akhir 9 Januari 2012
“senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan di Liga M 2012, hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada jam 12 tgh hari, Jumaat 6 Januari bagi pasukan Kelantan, manakala bagi pasukan Terengganu ialah sebelum atau pada jam 12 tengah hari, Isnin, 9 Januari, dengan mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan..tarikh tutup untuk pendaftaran AFC adalah 6 Februari 2012”. – Antara isi kandungan surat pekeliling yang dibacakan Dato’ Che Mat Jusoh. (untuk mendengar sendiri, boleh ke link ini : http://www.youtube.com/watch?v=ZkYwnjkXJk4 )
Jika FAM kekal dengan keputusan untuk tidak melayan pendaftaran Francis Doe, penyerang berasal dari Liberia dan Silva, pemain tengah kelahiran Brazil itu, ia nyata satu tamparan hebat buat Sang Penyu yang sebelum ini menyaksikan FAM tidak meluluskan pengambilan seorang lagi pemain import, Tercio Nunez Machado.

Malah, ia juga pastinya hakikat sukar diterima para penyokong Terengganu yang memasang impian besar mahu melihat pasukan kesayangan mereka mampu untuk memberi cabaran hebat dalam saingan domestik musim ini.

Apa yang pasti percanggahan ini pastinya mewujudkan episod panas baru tatkala saingan Liga Super musim baru tinggal kurang seminggu untuk membuka tirai. Kita pastinya menantikan apakah jawapan FAM seterusnya dan apa pula reaksi PBSNT dalam menangani perkara ini.

Iker Casillas menang anugerah lagi

 Iker Casillas dipilih sebagai gol keeper terbaik oleh International Federation of Football History (IFFH) buat kali ke empat berturut-turut menjadikan dia gol keeper yang paling banyak kali memenangi gelaran itu (4 kali)

Casillas menewaskan calon- calon lain seperti Neuer dan Valdes untuk memenangi anugerah tu.

Congrats Casillas!!

Gambar ihsan dari Real Madrid.com


Sumber: Realmadrid.com




Hala Madrid. Stay safe.




Copa del rey: Real Madrid 3 - Malaga 2

Real Madrid memenangi perlawanan 2nd round Piala DiRaja Sepanyol dengan tenang bila membenam Malaga 3-2 di tempat sendiri semalam.

Walaupun ketinggalan 2-0 pada babak pertama, Real Madrid bangkit untuk melakukan kebangkitan semula (come back) untuk memenangi perlawananan 3-2.


Aku tak tengok perlawanan tu sebab Astro tak siar secara live dan aku takleh jugak tengok secara streaming sebab line slow semalam so aku tak dapat nak komen lebih pasal performance. Cuma dari apa yang aku tahu dari RMFB buddy aku yang Kaka dan CR7 sangat-sangat mengecewakan semalam.

Formasi Real Madrid VS Malaga ;



Subs :



Arbeloa out, Khedira in

Kaka out, Ozil in

Callejon out, Benzema in



Apa-apa pun, Real Madrid still otw nak kekalkan Copa Del Rey yang mereka menangi tahun lepas. Cabaran getir menanti di second leg nanti.


Stay safe. Hala Madrid!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...