Iklan Corner

Saturday, 24 December 2011

Aishcornerlot World Best Player 2011 ..

  
Aishconerlot World Best Player trophy


It is nearly end of the year guys!!

Sekarang Aishcornerlot ada buat undian untuk mengetahui siapa yang paling layak digelar Pemain Terbaik Tahunan Aishcornerlot 2011. Anda semua dijemput untuk membuat undian kat poll sebelah dan pemenang akan diumumkan sebelum bulan Januari tahun depan.

Jom mengundi!!




p/s: Namawee SUCKS!! Big time!! Hipokrit Negara!!




Stay safe!!


HALA MADRID!!







-- Mr. Aish --

Ada apa dengan El Classico?

Bahana El Classico

EL CLASSICO!!

EL CLASSICO!!

EL CLASSICO!!



Kenapa aku taip 3 kali benda nie?

Sebab tulis sekali je tak akan dapat memberi gambaran sebenar betapa besarnya perlawanan antara dua musuh tradisi Sepanyol nie. REAL MADRID vs BARCELONA. Real Madrid dan Barcelona mempunyai sejarah yang panjang dalam arena bolasepak. Kedua-duanya kelab besar, kedua-duanya antara kelab yang paling berjaya di Eropah dan kedua-duanya dibarisi oleh bintang-bintang handalan dunia. Jika Real gah dengan pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo, Barcelona pula ditunjangi oleh pemain terhebat di dunia, Leonel Messi.

Jika dekad yang lepas La Liga dikuasai oleh Los Galacticos 1.0 ( Raul - Zidane -R9 - Figo), dekad ini dikuasai oleh Tiki Taka (Xavi - Iniesta - Messi). Begitulah hebatnya persaingan kedua dua kelab ini. Apa yang menjadi masalahnya, adalah persaingan mereka semakin menjadi serius dan out of control 2-3 tahun ini. Mungkin dengan faktor kemasukan CR7 yang dikatakan pencabar terdekat Messi atau kemasukan Mourinho sekaligus menukar imej kelab Real kepada kelab yang agresif. Mungkin juga gabungan kedua-dua faktor tersebut.


Cuma apa yang pasti, persaingan kedua-kedua kelab ini terus mencatatkan kontroversi dan perdebatan antara penyokong Real Madrid dan Barcelona.



MASIHKAH KAU INGAT?

 
El Pasillo 2007/2008

Kadang-kadang aku meluat jugak dengan peminat Barca yang terlalu fanatik dengan Barcelona. Bagi aku, mereka ni macam budak-budak yang baru je minat bola. Seolah-seolah mereka tak tahu yang sejarah La Liga. Sebelum zaman Messi dan CR7, kita ada zaman Xavi and Zidane. Dan siapa yang mendominasi masa tu? It is just a phase guys. Dulu, it's Real Madrid > Barcelona, dan sekarang Barca > Real. Tidak mustahil ianya akan berubah. Apa yang aku mintak adalah, peminat barcelona kembali kepada realiti. Apa dia realitinye?

1. Tiki Taka is the way to play beautiful football but it's not the ONLY way football should be played.

2.Your team is no god of football and they are bound to lose someday. 


Okay, tu jer yang aku boleh kata sekarang. Sekian..



Stay safe!!


HALA MADRID!!








-- Mr. Aish --

Arsenal fan alert!!




Tak lama lagi, Aishcornerlot akan mendapat kakitangan baru. Beliau adalah salah seorang kawan aku dan seorang penyokong kuat Arsene Wenger. Bukan ape, kadang-kadang aku rasa penting jugak untuk Aishcornerlot untuk mendapat nafas segar daripada orang lain. Jadi takdelar malap sangat blog nie.

Me?


Don't worry, I will still be here. Hopefully, his addition will help me to push this site to the greater heights.



Tapi nie semua masih dalam perancangan, takde hitam putih lagi. Segala perkembangan terbaru akan aku kobarkan kemudian.

El Classico sekali lagi?





Selepas undian terbaru Copa Del Rey, Real Madrid bakal bertemu Malaga dan Barca akan bertemu Osasuna dalam pusingan seterusnya. Jika semuanya berjalan lancar, kita akan dapat menyaksikan El Classico sekali lagi lebih awal dari yang kita jangkakan (sepatutnya mereka sekali lagi bertemu dalam bulan April 2012).



Kenapa?



Jika Real Madrid menewaskan Malaga, dan Barca menewaskan Osasuna, kita mungkin bakal menyaksikan perlawanan El Classico sebagai perlawanan suku akhir Copa Del rey.

Hanya ada satu jer perkataan yang ada dalam pemikiran aku lepas aku tahu berite ini :


DAMN!!




Sumber: goal.com








--Mr. Aish ----

Tuesday, 20 December 2011

Back to the top !!

Lama tak update blog aishcorner nie. Bulan Disember bulan yang agak sibuk untuk aku. Sebab ape? Tak penting pun untuk korang tau, sebab yang paling penting adalah **drumroll**


REAL MADRID IS BACK TO THE TOP AGAIN, BRO!!


Selepas dikalahkan Barca minggu lepas, Real kembali ke takhta liga selepas menewaskan Sevilla 6-2. Ronaldo menjaringkan Hattrick dan Callejon turut menyumbang satu gol dalam perlawanan tersebut.

 Well, aku tak tengok perlawanan ni sebab aku tertidur ( seriously, 4.55 a.m in the morning, not cool man!!)





 

Wednesday, 7 December 2011

FM 2012 has arrived!!

Finally! Finally! Finally!


Aku dah dapat game yang paling aku tunggu-tunggu. Selepas setahun aku bergelumang dengan FM 2011, aku dah dapat main FM 2012! Thanks to Mohd Sapizi, my dearest buddy.






Aku tak dapat lagi review game ni sebab aku baru je stat main. Tapi dari apa yang aku baca dari kebanyakan web luar negara, ramai yang mengatakan game ini lebih baik dari game FM 2011. Yep. Macam biasa, SEGA sekali lagi membuktikan mereka konsisten dalam mengeluarkan game yang bermutu. Thanks SEGA!! I love you!!

Dari apa yang aku tengok first time, game ini for sure lebih susah untuk dicerna dari game FM 2011. Okay, game play tetap sama. Korang jadi manager, lepas tu korang bawak kelab korang untuk jadi yang terbaik dalam galaksi. Tapi apa yang aku maksudkan lebih susah adalah, userface dia atau dalam Bahasa Melayu, paparan dia. Lebih rumit dan komplikated. 

Aku paling suka teamtalk dia. Lebih banyak pilihan kali ni. Dan ada macam-macam tone yang korang boleh pilih. Ada tone agresif, tenang dan sebagainya. Satu lagi ciri-ciri yang aku suka adalah pemain boleh tukar-tukar liga yang kita nak main. Contohnya, kalau dulu korang amik liga Itali SAHAJA. Maknanya sampai mati la takkan boleh manage team dari liga lain walaupun korang lagi bagus dari Sir Alex Ferguson. Dengan ciri baru ni, korang boleh pegang mana-mana team sekalipun pada bila-bila masa. Best bro. Serius best.

Main la dulu, baru korang tau..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...