Iklan Corner

Monday, 7 November 2011

Real Madrid vs Osasuna Review..

"Messi, eat my fist!" 



Ada kelainan kali ni. Bukan pada pesen rambut Ronaldo, bukan pada tarian Marcelo, tetapi pada waktu perlawanan ni disiarkan. Biasanya aku kena berjaga lewat tengah malam kalau nak tengok pasukan feveret ku ni beraksi. Tapi atas permintaan Perez, Real Madrid kali ni start match seawal pukul 6.55 petang (waktu Malaysia). Dipercayai ini adalah taktik baru Perez untuk memasarkan jenama Real ke Asia. Selama ini di Asia, khususnya di Malaysia, peminat bola lebih didedahkan dengan EPL kerana waktu siaran EPL lebih mesra rakyat. Jadi agak biasa sekiranya peminat bola di Malaysia lebih ramai meminati team EPL berbanding La Liga.


Okay, let's go on with the match. Tidak banyak perubahan yang terjadi pada lineup berbanding dengan skuad yang diturunkan oleh Mourinho di Perancis lepas.

Starting lineup

Seperti yang diketahui, Kaka dan Benzema tidak diturunkan dalam kesebelasan utama kali ini. Kaka masih mengalami kecederaan dan Benzema diganti dengan Higuain atas sebab taktikal. Berita utama kali ini adalah penyertaan Nuri Sahin, midfielder Turkey yang dibeli oleh Real Madrid pada musim panas yang lepas. I was really excited to hear this news pasal this boy is really something. Walaupun starting line up kelihatan macam yang kat atas, sebenarnya semasa Real melancarkan serangan, formasi kelihatan lebih seperti ini :


Formasi atas padang


Apa yang aku dapat simpulkan dari perlawanan ni;



1. Ronaldo terus membuktikan bahawa dia adalah leader di atas padang. Banyak terlibat dalam gerakan menarik Real Madrid. Kali ini Cristiano bermain dengan sederhana tanpa melakukan banyak aksi sia-sia. Ada la sekali dua, tapi dimaafkan oleh sebab dia skor tiga gol.



2. Di Maria sekali lagi memberi persembahan yang mantap di bahagian midfield pasukan. Ada kalanya, aku tengok kadang-kadang dia nie dah jadi macam playmaker pasukan. Dia yang create tiga gol sebelum dikeluarkan pada separuh masa kedua sebab cedera. Tempatnya diganti dengan Benzema.



3. Finally, I got to see Sahin! Dan dari apa yang aku lihat, Sahin membuktikan yang he got what it takes to be a Real Madrid player. Lebih-lebih lagi masa dia hold tiga pemain Osasuna sebelum pass bola ke Arbeloa. He is good. But how good? Only time will tell.


4. Pepe-Ramos combo memang mantap. Harap-harap Mourinho akan terus menggunakan mereka dalam perlawanan yang akan datang.


5. Real Madrid menang 7-1. 3 gol dari CR7, Pepe, Higuain dan 2 dari Benzema menamatkan petang yang indah bagi peminat Real Madrid. Possession 71% kepada Real Madrid menunjukkan betapa selesanya penguasaan Real Madrid dalam perlawanan tu. 



Worth to note here, oleh sebab perlawanan stat awal, maka aku berpeluang untuk tengok match tu dengan saudara mara aku yang mana kebanyakannya peminat Barca.  Sedap betul aku tengok muka diorang masa tengok Real kenduri gol. Maklumla sebelum tu sekarung diorang duk kutuk Real Madrid. Tengok-tengok Real kenduri gol. Hahaha..


Akhir kata, sempena Hari Raya AidilAdha hari ni, aku ingin ucapkan selamat hari raya kat kamo soma yang baca blog aku nie. Berkorban la apa yang kamo boleh korbankan. Yang penting, Osasuna menjadi korban Real Madrid petang ni. Chao!


"I got this award without Xavi and Iniesta, could you do the same?"


Sunday, 6 November 2011

CR7; Golden Boot 2011

Si CR7 dengan Golden Boot dia


Some people call him Ferrari, some call him Audi, some call him Lamborghini, but he is one and only, Cristiano Ronaldo. Dasyat betul  abang nie. Semalam, CR7 menerima anugerah Golden Boot untuk tahun 2011 sebagai penjaring terbanyak Eropah. Sape yang tak ingat 40 gol musim lepas? Mengatasi pencapaian Hugo Sanchez sebagai pemegang rekod La Liga dan sekaligus, mencipta rekod baru La Liga. Tu baru musim kedua dia, kalau musim ke 22, tahla berapa ribu gol dia jaringkan.

Anyway, he deserves that award. His achievements are phenomenal. Keep on breaking the records, CR7!




Ruben; Nak stop Ronaldo? Buleh, tapi kena guna tali la ikat..

Ruben :

  " Nok sekak Ronaldo buleh, tapi wi tali ar se ke ambe. Kita ikak dia. Kalu dok payoh boh!"                                                









Pemain Osasuna, Ruben berkata, CR7 bukanlah seorang pemain yang senang untuk disekat. Namun dia nie sempat lagi bergurau, hanya dengan diikat dengan tali, barulah Cristiano boleh dijinakkan.

Bagi aku, sebenarnya memang CR7 lincah, tapi bukanlah tak boleh disekat. Malah, ramai pemain yang berjaya sekat si CR7 ni. Letak dua tiga pemain, senyapla Ronaldo. Tapi still, memang bukan satu tugas yang mudah kerana CR ni mempunyai magik. Cuma, dribbling CR agak predictable. Tu je aku boleh cakap.

Anyway, it's nice for CR to get some recognisation from La Liga defenders. Keep it up, CR7!!

FMRTE; Now, everybody can CHEAT!!

Muka depan FMRTE


Dalam entri aku yang lepas, ada aku cakap pasal minat aku main FM 2011. Dalam entri tu jugak, ada aku oyak (gitau) pasal FMRTE. But, wuddahel is that thing? Apa dia FMRTE itu? Wuddehel? Hahaha..Aku bukan nak kata ape la. Aku tau, kamo soma ni orang yang jujur, amanah dan baik hati, kamo soma tak main tipu FM ni kan? (Ya rite)..Tapi, bagi kamo soma yang suka main tipu, FMRTE is one thing yang kamo kena ada. So, aku tak jawab lagi soklan aku tadi kan? Sajer je. Pasal aku nak buat kamo tertekan. 


FMRTE ni adalah editor. It's simply a tool for you to cheat. Kalau kamo soma perasan, lepas kamo install FM, pasti ada disertakan FM Editor. Haaa...FM editor ni adalah satu software untuk kamo soma edit data dalam FM tu. Tapi, kelemahan editor yang telah disertakan dalam FM installer tu, kamo kena edit sebelum kamo main game tu. Kamo takleh edit game yang telah kamo main and that SUCKS. Aku tak suka guna editor sebab tu la. Macam mana dengan game yang aku dah main, berseason-season lak tu. Takkkan aku nak main dari mula? Dead la aku..ish..


So, that's where FMRTE ni selesaikan masalah aku. Benda nie berbeza dengan editor yang tadi. Kamo soma boleh edit data walaupun dah main game dari zaman jahiliah lagi. Takde masalah langsung. Siyes. Kamo hanya perlu load game yang kamo main. Kamo boleh edit ape jua data.

Profail pemain dalam FM

Okay, aku amik contoh satu profile seperti di atas. Bila kamo soma guna FM, even Mak cik Kiah sekali pun, kamo dapat tukarkan kepada pemain berkelas dunia. Bukan tu saje, kamo dapat beli pemain dengan lebih mudah, tukar warganegara, tukar skill, preffered skills, country dan apa-apa saje. Bukan tu je, kamo jugak dapat pulihkan kecederaan pemain. Kelab yang takdak duit pun boleh jadi kelab kaya sekelip mata.  In other word, you are like a god of FM when you have this tool. Tak perlu lagi main tipu secara lama, add manager. Tak perlu beb, FMRTE boleh buat kelab QPR jadi macam Manchester City kejap jer.


Okay la, sampai sini jer aku nak cakap pasal FMRTE nie. Kita main game untuk relax kan? Takde salahnya main tipu skit-skit. Jadi aku, letak fatwa yang menggunakan FMRTE adalah HARUS bagi peminat-peminat FM. Okay, Chao!!


Peteh biar FM rebeh!








Saturday, 5 November 2011

Real Madrid VS Osasuna Preview

Osasuna F.C



Short and simple:



1. Coentrao dan Marcelo cedera. Jadi mungkin Arbeloa akan mengisi slot left back manakala ramos mungkin akan kembali ke posisi RB. Albiol dan Pepe akan menjadi pertahanan tengah.

2. Kaka masih lagi cedera. Jadi Ozil akan turun untuk menjadi AM Real Madrid.

3. Bahagian midfield yang agak sukar di ramal. Mungkinkan Alonso + Lass, Alonso + Khedira atau Alonso + Granero. Anyhoo, Alonso tetap dijangka menjadi starter dalam perlawanan ini.

3. Ronaldo dan Di Maria mengemudi bahagian sayap. Tiada perubahan di situ. Ronaldo akan meneruskan misi nya untuk menjaringkan gol untuk Real Madrid.

4. Higuain bakal turun menjadi lone striker pasukan.



Barisan kemungkinan :






Osasuna, walaupun nama team mereka kedengaran seperti ikan tuna, tetapi adalah sebuah pasukan yang suka bertahan di petak D beramai-ramai dan suka melancarkan serangan pantas kilat terhadap lawan. Real Madrid   biasanya akan mempunyai masalah dengan pasukan sebegini. Ini kerana corak serangan kita lebih kepada direct dan counter attacking. Kita akan lebih efektif dengan pasukan yang bermain secara menyerang seperti Malaga. Namun Aish Corner Lot percaya dengan prestasi baik yang ditunjukkan oleh Real, kita mampu menang. Lebih-lebih lagi kita bermain di tempat kita sendiri! Chao!


Match disiarkan di  ASTRO SUPERSPORT CH 811, 6.55 P.M


Peteh Madrid Peteh!



p/s: Btw, aku perasan yang permainan Real Madrid dan pasukan Terengganu lebih kurang sama. Mungkin Jose Mourinho sebenarnya mendapat tips kejurulatihan daripada Irfan Bakti? Jeng..Jeng..Jeng...

Zinedine Zidane; The best there was, the best there is and the best there'll ever be

Before aku teruskan dengan apa yang aku nak tulis, apa kata korang tengok ni dulu;






Aku  tak nak dah taip panjang-panjang. Cuma aku dah naik jemu bila Barca fans yang baru stat minat bola, atau agaknya umur baru 9 tahun, duk claim yang Messi terbaik sepanjang zaman. Pele, Maradona, mereka just campak kat laut. Serius buta betul. Aku pernah jugak gadoh taip menaip dalam blog  (oversea) dengan seorang peminat setia Barca. Serius, Messi? Kalau nak kata terbaik sekarang, ok fine. Aku boleh terima, tapi terbaik sepanjang zaman tu! Tah la. Untuk jimatkan masa aku, aku consider diorang yang duk kata Messi ni pemain terbaik sepanjang zaman ni, baru stat tengok bola. He is the ARGUABLY the best at the moment, tapi of course, he still has a long long way to go to be called  ALL TIME BEST.







Dalil-dalil sebab apa aku consider Zinedine Zidane lebih baik dari Leo Messi, Pele dan Maradona :





Asal usul

Zizou berasal dari Perancis di mana bola sepak bukanlah budaya utama di sana. Tidak seperti Argentina    dan Brazil yang menganggap bola sepak seperti tuhan. Brazil dan Argentina senantiasa ada pemain yang berbakat, tetapi pemain Eropah  berbakat seperti Zidane, amat sukar ditemui. Sekali dalam 20 tahun pun kira
baikla tu.




Kelab

Sekali lagi dalil kelab diguna pakai. Zidane bermain untuk kelab Perancis, Itali dan Sepanyol. Apa yang lebih dasyat,  dia menempa kejayaan di semua kelab yang dia terajui. Adakah Messi leh buat gitu? Pele hanya bermain di Liga Brazil dan hanya Maradona yang boleh menandingi Zizou dalam hal ini.




Pasukan Negara

Seriously, do I need to say something bout this?




Peribadi

Maradona terlibat dalam dadah. Hanya Messi dan Pele sahaja yang boleh menandingi peribadi Zizou.








Apa yang boleh aku katakan, masing-masing ada pandangan masing-masing tetapi janganla biarkan passion terhadap kelab sampai membutakan mata kamo soma. Aku peminat Real Madrid tetapi aku tetap mengakui kehebatan Leo Messi. Aku boleh katakan Leo Messi sekarang mempunyai kelebihan ke atas CR7. Tengok, aku boleh je akui benda tu. Jadi kamo soma jadilah seperti aku. Hahaha...




Btw, check out apa yang Eden Hazard kata pasal Messi (http://www.goal.com/en-gb/news/3277/la-liga/2011/11/03/2741063/lilles-eden-hazard-barcelonas-lionel-messi-does-not-have-the). It's so true Hazard. It's damn true!




Hala Madrid!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...