Iklan Corner

Friday, 3 February 2012

Madin Mohammed : The next Zidane or Cr7?


Aku rase dah ramai pembaca aish's corner lot nie dah kenal ngan budak kecik nie. Madin Mohammed (10 tahun) yang mula menggemparkan dunia seawal dia berumur 6 tahun dengan kebolehan bermain bola yang menakjubkan. Dia merupakan antara bakat muda yang menjadi perhatian setiap kelab besar diseluruh dunia.

Madin Mohammed berasal dari Algeria. Pada umur 3 tahun, famili budak nie berhijrah ke Perancis dan khabarnya budak nie jugak telah mendapat biasiswa Badan Bolasepak Perancis dan menjadi salah seorang pelapis pemain Perancis di sana.

Sejak keluar video klip dia di tenet, ramai orang mula membandingkan dia dengan pemain-pemain bola hebat sekarang. Tapi yang paling acapkali disebut, Madin Mohammed adalah the next Zidane. Betul ke?

Memang dah terang-terang budak nie mempunyai masa depan yang cerah dalam bolasepak. Tapi bagi aku, dia lebih sesuai untuk dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo atau Messi berbanding dengan Zidane.

Madin mempunyai keupayaan menggelecek lebih kepada ala Cristiano ( Stepovers, gerak kaki laju) dan bukannya Zidane. Zidane tidak pernah dikenali dengan gelecekan seperti itu. Jika korang pernah melihat Zidane bermain, korang akan bersetuju dengan aku. Zidane tidak mempunyai speed seperti Cristiano dan Messi, itu sudah pasti. Tetapi dia berjaya menutupi kelemahan tu dengan kebijaksaan membaca permainan dan gerakan kemas ketika bermain. Itulah kelebihan Zinedine Zidane. Ye, dia jugak buat stepovers, tapi itu bukannya aspek utama dalam permainan dia. Jadi, Madin Mohammed lebih sesuai untuk dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo ataupun Ronaldinho.

Mungkin sebab dia ni mempunyai darah Algeria, sebab tula masyarakat membandingkan dia dengan Zidane. Tapi selain daripada tu, corak permainan dia memang bukan seperti Zidane.

Tapi jika korang tanya aku, siapa yang mungkin menjadi bakal Zidane kedua, tanpa teragak-teragak lagi aku akan menjawab, budak nie :




Hala Madrid!! Hala Mourinho!! Hala Zidane!!








Thursday, 2 February 2012

Pemain Terbaik dunia EUFALONA, miss lagi..


Pemain terbaik dunia masih lagi kena belajar amik penalti dari Cristiano Ronaldo..


Leonel Messi is greatly fortunate to be playing in this Barcelona team.

Kalau aku jadi Messi, aku takkan pergi ke kelab lain dah pasal senang cakap, Messi akan struggle kalau pindah kelab lain. Messi takkan boleh survive tanpa Barca. Tengok Argentina, kesian kat jurulatih mereka. Dah bermacam-macam taktik digunakan untuk menyerlahkan Messi dalam pasukan tetapi tetap fail.

Messi mungkin pemain terhebat zaman nie, tapi dia SEMEMANGNYA bukan yang terbaik sepanjang zaman.


Dare to object, anyone?




Hala Madrid! Messi who?!






Duo yang paling berbisa di Eropah?

There you go boys..

Ini adalah artikel berdasarkan FAKTA. Di Aishcornerlot nie, setiap apa yang aku nak cakap tentang Real Madrid, aku make sure ianya disokong dengan fakta. Aku taknak jadi seperti sesetengah peminat Barca, yang duk claim team diorang terbaik, tapi bila aku suruh wat kuar fakta, masing-masing wat kuar alasan lak Heh.. so much for 'Mes que un club'..

So, it's official. Secara rasminya, Higuain dan Ronaldo (CR7) adalah striker yang paling efisien dalam kancah liga Eropah sekarang. YE. Aku cakap EROPAH yer. Bukan sekadar La Liga, tapi mereka adalah striker yang paling berbisa dalam semua liga utama Eropah sekarang (link).

Higuain, walaupun melepaskan beberapa peluang keemasan di Nude Camp dalam Copa Del Rey 2nd leg lepas, still menduduki carta di tangga pertama diikuti oleh CR7  di tangga kedua. Bukan tu je, laporan jugak mengatakan yang Real Madrid telah memecah rekod sebagai pasukan yang menjaringkan GOL TERBANYAK dalam pusingan pertama La Liga.( ALL TIME bebeh).

Inilah bukti yang Real Madrid sekarang telah kembali ke puncak Eropah kembali. Ini baru tahun ke-2 mereka bermain bersama-sama. Apa yang lebih menakutkan, pasukan ini mempunyai umur purata 25 tahun sahaja. Guane-guane pun, aku suka bila tengok peminat Barca kat kedai gigit jari semua baru-baru nie masa tengok 2nd leg Copa Del Rey.


Double-Srike Combo Real Madrid

Hala Madrid!! Barca who?!








Tuesday, 31 January 2012

EPL : Van Persie to the rescue..again..


Sekali lagi, Van Persie datang selamatkan Arsenal bila pasukan diorang bangkit untuk mengalahkan Aston Villa.

Arsenal bergantung hidup atas sehelai bulu ketiak Persie

Soalan aku untuk peminat gunners..

"Sampai bila korang nak harapkan Persie datang selamatkan korang?"


Pembelian Wenger musim panas dulu. takdak sorang pun yang boleh membaik pulih pasukan. Arteta bukan Fabregas, Benoyoun bukanlah Ljungberg. Hanya Mertesacker yang boleh harap skit pun. Tu pun pasukan Arsenal masih leaking gol seumpama lubang tandas bocor.

Boo Wenger!! Get out Wenger!!






Terengganu Nelang; Bek pun nelang!

Ahmad Muslim Ahmad

Posisi : Bek Tengah


Dalam ramai-ramai pemain Malaysia yang beraksi untuk skuad kebangsaan, aku suka tengok permainan budak nie. Bukan bermakna aku gay, tapi cara permainan selambe dia menambat hati semua peminat bola Malaysia amnya.

Mungkin sebab aku pernah bermain dalam posisi yang sama (walaupun sekarang aku lebih bergerak bahagian midfield ala Xabi Alonso), Ahmad Muslim menjadi perhatian aku setiap kali dia turun beraksi. First time aku tengok dia dalam perlawanan Harimau Muda 2 tahun yang lepas rasanya, aku dapat rasa yang dia bakal menjadi pemain bek regular dalam pasukan Malaysia.

Permainan yang tenang, pembacaan permainan yang baik dan tidak banyak melakukan rash takle adalah ciri-ciri pemain yang berusia 23 tahun nie. Bila aku dapat tahu yang dia bakal menyertai Terengganu musim nie, lagi aku suka sebab dia akan berganding dengan Marzuki Yusof, otai Terengganu yang sememangnya seorang defender yang amat baik. Malah, aku rasa Ahmad Muslim ni mempunyai potensi untuk jadi lebih baik dari Zamani Misbah.


Marzuki Yusof yang otai

P/s :Aku ada terserempak dengan Marzuki Yusof hari tu kat Giant dengan Mr. Zarsaza, tapi tak sempat snap gambar sebab henset buruk jer. Anyway, Terengganu akan terus mengganas dengan adanya dua bek kental nie.



Peteh Terengganu Peteh!!





Sunday, 29 January 2012

Barcelona bakal kehilangan Guardiola?



Sejak tahun lepas lagi, Pep Guardiola dah beri 'hint'(klu) yang mungkin masa dia kat Barcelona mungkin dah tak lama. Selepas itu ada lagi desas desus yang mengatakan dia bakal memimpin Inter dan ada juga yang mengatakan dia akan ke EPL.

Kontrak Guardiola bakal berakhir Jun nie dan setakat nie takde lagi khabar berita yang dia mahu sambung kontrak dia dengan Barcelona.

Bagi aku, baguslah Pep nak tinggalkan Barca. kalau Pep betul-betul serius nak buktikan dia pengurus terbaik dan bukan setakat jaguh kampung, eloklah dia mencabar diri dia dengan pasukan lain plak. Pep beruntung dapat mulakan penglibatan dia dalam arena kejurulatihan Eropah ni dengan pasukan Barcelona. Aku tak rasa Pep boleh dianggap setaraf dengan Mourinho selagi dia tak membuktikan dirinya dengan kelab lain.

Peminat Barca tak perlu bimbang. Sebab Barcelonalah yang membantu Pep untuk naik. Bukan sebaliknya. Ada kemungkinan mana-mana jurulatih yang pegang kelab korang lepas ni bakal berjaya seperti Pep jugak.

Pep bukan lagi lawan Mourinho setakat nie. Tapi, kalau dia berjaya lakukan apa yang Mourinho lakukan, tak mustahil nama Pep boleh mengatasi Mourinho suatu hari nanti. Jangan jadi macam AVB dah la. Hehehe...

Andre Villa Boas (AVB)


Sumber : tribalfootball.com









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...